Friday 23 February 2018

Hati


Tak tau nak cakap apa. banyak sangat terasa hati dengan orang sekeliling. seolah-olah semuanya adalah salah kita sahaja. Malam tadi kita buat 3 penjuru sesi luahan hati walaupun bukan 100% diceritakan, at least ada someone yang tlg bagi nasihat, bagi kata semangat agar tidak terus tersungkur. Bak kata beliau, dunia ni kejam, hati kena kental. Bila umur dah semakin meningkat ini, kuantiti kawan yang akan bersama dengan kita adalah tak penting sama sekali. Apa yang penting adalah kualiti kawan yang ada susah senang bersama kita. Sakit putus kawan lebih sakit dari putus cinta. Kita takkan mampu untuk memuaskan hati semua orang. Cukuplah kita tau apa kita buat, cukuplah sekadar kita memuaskan hati diri sendiri tanpa  menggugat jiwa mereka.

Banyak sangat benda yang berlaku minggu ni, banyak juga yang menyebabkan makin tergoresnya sekeping hati ini. Orang hanyalah menunggu masa sahaja untuk menjatuhkan kita tanpa kita sedar. Baik kita dipijak lumat tanpa belas kasihan. Orang takkan melihat kesulitan yang kita hadapi, mereka takkan nampak  bagaimana berusahanya kita untuk menjadi lebih baik, mereka juga takkan nampak jatuhnya titis demi titis air mata kita jatuh  dengan penuh kelukaan. Apa yang mereka nampak hanyalah senyuman yang kita ukir dengan penuh kepayahan  tanpa mereka tau apa isi disetiap senyuman yang terukir dibibir. Malah di saat itu juga yang lain berusaha untuk menjatuhkan lagi kita sehingga tidak mampu untuk kita bangkit kembali.

Walaubagaimanapun, tetaplah tabah, hati tetaplah kental. Tetaplah bertabah, bersabar. kerana sikit masa lagi kejayaan pertama yang dinanti selama 3 tahun ini akan kita genggam. Saat ini, tiada satu yang mampu merampas kebahagian, kegembiran serta sentiasanya senyuman terukir dibibir ini. Dan di saat itu juga mampu kita lukis jua senyuman yang terindah dibibir kedua orang tua kita bila dapat kita hadiahkan mereka sebuah kejayan buat mereka berdua.

Akhir sekali, THANKS bagi yang pernah singgah melambaikan sebuah perkenalan dan akhirnya pergi dengan lambaian juga. THANKS juga bagi yang masih kekal, teruskan lambaianmu agak dapat terus kita bertukar lambaian tanpa kesakitan.